LOGO SYARIKAT

_______________________________________________

Setelah SERI WARISAN CEMERLANG didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, maka pelbagai logo telah dicipta. Namun, inilah logo syarikat yang telah dipilih kerana ianya amat ringkas dan huruf 'W' ditengah-tengah logo tersebut diadaptasi dari huruf jawi dari perkataan ALLAH. 

Logo ini telah diilhamkan oleh adik AIMAN HAZIQ BIN MOHD YUSRI, iaitu anak kepada pemilik SERI WARISAN CEMERLANG yang hanya berusia 11 tahun ketika mencipta logo ini.

PROFAIL SYARIKAT

SERI WARISAN CEMERLANG  (001955364-H) telah ditubuhkan pada awal tahun 2010 tetapi hanya didaftarkan di SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) pada 1/6/2010.

Pada peringkat awal penubuhannya, aktiviti SERI WARISAN CEMERLANG hanya tertumpu kepada penjualan dan membekal tekstil serta aksesori kelengkapan diri. Selain daripada itu, SERI WARISAN CEMERLANG juga menjadi pembekal dan sub-kontraktor yang tidak berdaftar dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrikal di sekitar Masai dan Pasir Gudang.

Kini SERI WARISAN CEMERLANG tidak hanya menumpukan pada satu bidang perniagaan sahaja. Demi mengorak langkah untuk meluaskan perniagaan, SERI WARISAN CEMERLANG kini telah berdaftar di bawah  KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA sebagai pembekal yang bertaraf BUMIPUTERA berkuatkuasa dari tarikh 17/10/2011.

Selepas itu, SERI WARISAN CEMERLANG mula meninjau peluang untuk menjadi vendor / pembekal kepada syarikat-syarikat GLC kerajaan. Kini SERI WARISAN CEMERLANG telah berdaftar sebagai pembekal kepada TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB), JOHOR PORT BERHAD dan  LEMBAGA PELABUHAN JOHOR.

Misi kami di SERI WARISAN CEMERLANG adalah ingin membentuk sebuah empayar yang berjenama sendiri, dikenali kerana kualiti dan servis yang memuaskan hati. Maka kerana itulah lahirnya moto syarikat ini iaitu PERKHIDMATAN CEMERLANG, PENCAPAIAN GEMILANG.

Besar harapan seluruh warga SERI WARISAN CEMERLANG agar satu hari nanti akan berdiri megah sebuah bangunan di atas nama WISMA SWC.



NO. PENDAFTARAN SYARIKAT
001955364-H

NO. PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN
357-02175927

NO.  PENDAFTARAN TENAGA NASIONAL BERHAD
3041978